Banner Image

Pameran Dalam Talian

Saksikan artifak dan cerita-cerita yang menjejak perjalanan pembangunan negara Singapura.

icon2

Ada artifak atau cerita untuk dikongsi dengan kami?

HANTAR DI SINI

Barangan Biasa, Cerita Luar Biasa

Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti mereka? Sumbangkan di sini. 

Teruslah Menyumbang

Lihat beberapa sumbangan yang telah kami terima setakat ini.

Card

Card

Card

Card

Card

Encik Au Seck Ngee dan dokumen-dokumen HDB dari flat pertama keluarganya

Encik Au dan keluarganya berpindah ke flat HDB pertama mereka sebelum beliau menyertai Perkhidmatan Negara. Sebagai anak sulung, beliau dan ibunya menandatangani pajakan bersama. Berpindah dari persekitaran yang biasa mereka alami di kampung merupakan satu langkah besar bagi keluarga tersebut. Sebelum naik taraf ke flat 4-bilik, mereka memohon flat 3-bilik kerana faktor kewangan. Sebagai sebuah keluarga yang bercakap terutamanya dalam dialek, mereka bergantung pada wakil daripada HDB untuk menerangkan fasal perjanjian yang dicetak dalam bahasa Inggeris.

Card

Cik Lin Ming Ju bersama salah satu kohort yang tamat pengajian di Happy School

Dr E Tai mengimbas kembali kisah ibunya, Cik Lin Ming Ju, sebagai seorang guru kelas di Happy School dari tahun 1950-an hingga 1970-an. Cik Lin telah memulakan dan mengajar kelas-kelas dalam seni persembahan untuk pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Sekolah itu ditubuhkan oleh dua wanita kabaret Happy World untuk menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak Geylang.

Card

Encik Tan Kim Soo dan Anugerah Bakti Setia yang diterimanya daripada National Iron and Steel Mills Pte Ltd

National Iron and Steel Mills Pte Ltd merupakan kilang pertama yang dibuka di Estet Perusahaan Jurong. Menjadi juruteknik di sana adalah pekerjaan yang berbahaya. Encik Tan perlu memanjat tempat-tempat tinggi dan telah menyaksikan banyak kemalangan di tempat kerja. Untuk melindungi paru-parunya, beliau biasanya menutup mulut dan hidung dengan tuala lembap untuk bernafas semasa bekerja dan kerap berjalan kaki di Kolam Air MacRitchie atau berenang di lagun East Coast selepas bekerja. Beliau juga sering bekerja lembur untuk menyara keluarganya dan tidak pernah bercakap tentang pencapaiannya di tempat kerja. Sehingga hari ini, anak-anak perempuannya sangat menghormati beliau kerana ketabahan dan kerendahan hatinya, serta sikap ambil berat yang beliau tunjukkan kepada keluarganya selama ini.

Card

Puan Zainab dan alat pemateriannya

Puan Zainab menyertai Rollei ketika beliau baru berusia 16 tahun. Tugasnya ialah memastikan semua bahagian kamera mencapai mutu yang ditetapkan sebelum ia dipasang. Apabila ekonomi Singapura tumbuh dan berkembang, pengalaman di Rollei terbukti sangat berguna apabila Puan Zainab beralih ke syarikat-syarikat lain seperti Asahi, Team dan Connor Peripherals, di mana beliau belajar pematerian semasa bekerja

PENGENALAN

Tahun-tahun Pembangunan Negara Kita Diceritakan Melalui Artifak

Tahun-tahun 1950-an hingga 1970-an adalah era penuh transformasi bagi Singapura.

Para pemimpin pengasas kita telah membayangkan sebuah Singapura yang berbilang budaya. Mereka bercita-cita besar , berani meneroka peluang di sebalik cabaran, menjadi contoh mereka yang berwibawa serta mementingkan bakti kepada masyarakat tanpa mendahulukan diri sendiri.

Negara kita yang masih muda tidak akan terbina tanpa sumbangan warga Singapura dari semua lapisan masyarakat yang memberi sokongan padu kepada pemimpin kita dan menyesuaikan diri dengan perubahan, serta mengamalkan nilai-nilai pengasas itu sendiri.

Artifak yang anda lihat dalam pameran ini menjadi saksi kepada kisah-kisah pengasas ini. Ia mendedahkan bagaimana nilai-nilai murni dari lebih 50 tahun yang lalu seperti ketabahan dan semangat kemasyarakatan terus menguatkan kita dalam menghadapi cabaran generasi kita sekarang, seperti COVID-19.

Dengarkan juga lagu-lagu Hari Kebangsaan yang selalu kita nyanyikan yang membangkitkan semangat nilai-nilai murni ini.

 

BAB 1

Bangkit Untuk Singapura

Tahun-tahun pembangunan negara kita menyaksikan banyak pengorbanan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Pelajar, suri rumah dan buruh, serta golongan lain, telah menunjukkan semangat gotong-royong, bangkit menyahut pelbagai seruan untuk membersihkan bandar, membina jalan raya atau menyumbang kepada dana-dana pembinaan.

Semangat kemasyarakatan dan kebersamaan ini jugalah yang ditunjukkan hari ini dalam perjuangan kita menentang COVID-19. Kita dapat melihatnya  – sama ada dalam kelakuan individu yang mematuhi langkah-langkah pengurusan  selamat, ketabahan para pekerja perkhidmatan penting yang terus  berkhidmat, dan banyak usaha atas inisiatif sendiri untuk membantu orang lain.

Card

Mempertahankan Singapura

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, Singapura menghadapi tekanan untuk membina pertahanannya dengan pesatGenerasi awal warga Singapura dengan beraninya telah melangkah ke hadapan untuk memikul tanggungjawab ini.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Mengambil Berat Terhadap Masyarakat

Usaha-usaha seperti kempen Jaga Kebersihan Singapura dan projek Gotong Royong hanyalah antara beberapa contoh tentang bagaimana orang ramai telah tampil bekerjasama demimasyarakat dan negara.

LIHAT KISAH PENUH

BAB 2

Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Singapura

Semangat Berbilang Budaya telah menjadi asas keutuhan Singapura sejak kita mencapai taraf pemerintahan sendiri pada 1959. Ia membantu kita mengharungi masa-masa ketegangan kaum menjelang kemerdekaan.

Para pemimpin pengasas kita telah menyatukan warga Singapura untuk mengetepikan perbezaan dan bangkit bersama sebagai warga negara yang bersatu.

Card

Mentakrifkan Negara Kita

Lambang Negara kita yang pertama telah diperkenalkan pada 1959. Ia mengingatkan kita tentang nilai-nilai yang kita perjuangkan bersama sebagai satu Singapura dan yang menyatupadukan kita.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Memupuk Keharmonian Kaum

Semasa rusuhan kaum pada awal 1960-an, Singapura bergantung pada pemimpin pengasas dan masyarakat kita untuk memperjuangkan kepelbagaian budaya dan menyatupadukan rakyat sebagai satu bangsa.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Konsert Kebudayaan untuk Semua

Persembahan adalah satu wadah untuk memperkenalkan budaya yang berbeza di Singapura kepada orang ramai dan menggalakkan penghargaan yang lebih besar terhadap kepelbagaian kita.

LIHAT KISAH PENUH

BAB 3

Kita akan menunjukkan kepada dunia apa yang boleh dicapai oleh Singapura

Para pemimpin pengasas kita mempunyai wawasan untuk mengubah ekonomi kita dan menunjukkan kepada dunia bahawa Singapura merupakan negara memang terbuka kepada dunia perniagaan. Mereka percaya bahawa Singapura boleh menjadikan impian ini satu kenyataan dalam tempoh yang singkat.

Impian untuk menjadikan Singapura negara industri lebih mudah dikata daripada dikota. Untuk mencapai matlamat ini, para pemimpin pengasas kita dan warga Singapura umumnya perlu berani, inovatif dan bersikap terbuka.

Ini menjadi asas kita sebagai sebuah negara dan terus membentuk cara kita bertindak balas terhadap perubahan hari ini.

Card

”Kesilapan” Goh

Apa yang dianggap sebagai "Kesilapan Goh" ternyata merupakan satu usaha yang berjaya mengembangkan ekonomi Singapura.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Masa Depan Perkapalan

Pengumuman tentang pengunduran tentera British pada 1967 bukan sahaja menjadi satu cabaran kepada pertahanan Singapura, malah juga kepada ekonomi kita. Singapura perlu bertindak pantas dan hasilnya industri perkapalan kita menjadi lebih penting daripada sebelumnya.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Buatan Singapura yang Membanggakan

Dengan syarikat-syarikat berbilang negara dan syarikat perkilangan menubuhkan operasi mereka di Singapura, produk-produk buatan Singapura mula menjadi sebutan ramai dan diiktiraf kerana mutunya.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Membuka Pintu Kita kepada Dunia

Sedang Singapura giat menarik pelaburan asing, para pemimpin kita tidak pernah bertolak ansur dalam soal mengawal pencemaran.

LIHAT KISAH PENUH

BAB 4

Hari Esok Kini Tiba

Apakah rupa bentuk kawasan kejiranan kita tanpa flat-flat HDB? Apa akan jadi kepada Bandar Raya dalam Taman ini tanpa pokok-pokok di tepi jalannya?

Para pemimpin pengasas kita telah memberi perhatian yang teliti kepada butiran landskap Singapura dan bekerjasama dengan warga Singapura untuk membentuk kebanyakan pemandangan indah yang kita nikmati hari ini. Tahun-tahun awal pembangunan negara kita pada masa itu memerlukan langkah berani untuk mencapai impian pemilikan rumah pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kesemua ini membantu merealisasikan wawasan Singapura sebagai Bandar Raya Taman, membawa bandar-bandar hari muka ke Singapura hari ini.

Card

Tempat Tinggal Di Hati Rakyat

Program perumahan awam Singapura yang merdeka merupakan satu program yang bercita-cita tinggi. Ramai yang perlu menyesuaikan diri dengan cara hidup baru dan menetap di bandar-bandar baru.

LIHAT KISAH PENUH
Card

Menjadikan Singapura sebuah Bandar Raya dalam Taman

Memelihara alam persekitaran semula jadi kita dan penghijauan Singapura sentiasa menjadi keutamaan, walaupun pada tahun-tahun awal pembangunan negara kita.

LIHAT KISAH PENUH

Perkaya Pameran Kami Dengan
Artifak dan Cerita Anda

Ketahui bagaimana anda boleh menyumbang kepada koleksi kami.