Ikuti Lawatan Maya
Imej-imej yang digunakan untuk lawatan maya adalah tanggapan artis.
Dijadualkan dibuka pada 2027, Taman Tugu Pengasas akan menjadi galeri bersepadu dan sebuah taman indah di Bay East Garden.
Tugu Peringatan ini akan memperingati bagaimana Singapura mencapai kemerdekaan dan memberi inspirasi kepada warga Singapura untuk membina masa depan negara kita bersama-sama.
Direka untuk memberi inspirasi
Reka bentuk Taman Tugu Pengasas memaparkan satu laluan, yang melambangkan satu perjalanan menjejak warisan para pemimpin pengasas Singapura.
Selain perlambangannya, seni bina tugu ini juga bertujuan untuk menjadi tugu peringatan yang terus bermakna bagi setiap generasi warga Singapura. Ia akan mempunyai ruang yang meraikan peristiwa penting negara kita seperti galeri pameran, serta galeri tontonan yang memberi penghormatan kepada masa lalu kita dan menawarkan wawasan masa depan kita. Tugu peringatan ini dijadualkan dibuka pada 2027.
Imej-imej ini merupakan tanggapan artis. Nama-nama lokasi belum muktamad dan tertakluk kepada perubahan.


Pemandangan tugu peringatan jika pengunjung tiba dengan menaiki kenderaan

Plaza Ketibaan

Pemandangan Malam Amfiteater

Galeri Tontonan

Pusat Pelawat

Lobi ke arah Galeri Pameran
Imej-imej ini merupakan tanggapan artis. Nama-nama lokasi belum muktamad dan tertakluk kepada perubahan.

Pemandangan tugu peringatan jika pengunjung tiba dengan menaiki kenderaan

Plaza Ketibaan

Pemandangan Malam Amfiteater

Galeri Tontonan

Pusat Pelawat

Lobi ke arah Galeri Pameran
Tugu Peringatan di Taman
Bay East Garden terletak di atas tanah tambak di sepanjang Kolam Air Marina dan menghadap garis langit bandar. Ia menjadi bukti nyata bagaimana para pemimpin pengasas kita mengatasi keterbatasan tanah dan air untuk membina salah sebuah bandar raya paling selesa didiami di dunia. Kesemua ini adalah berkat keberanian dan wawasan mereka untuk Singapura, dan bagaimana kita boleh terus mencipta peluang di sebalik cabaran.
Kisah 'Bandar Raya Taman' dan 'Air' dijalin ke dalam Pelan Induk Bay East. Taman ini mencerminkan evolusi Singapura daripada sebuah Bandar Raya Taman kepada Bandar dalam Alam Semula Jadi. Ia menekankan kepentingan proses penghijauan Singapura dalam meningkatkan mutu kehidupan dan komitmen kita terhadap pemuliharaan alam semula jadi. Saluran air yang mengalir melalui Taman dan bersambung ke Kolam Air Marina mencipta laluan air yang mengukuhkan ekosistem dan meningkatkan biodiversiti.
Bagaimana Semuanya Bermula
Dibentuk oleh warga Singapura