Soalan Kerap Ditanya
Taman Tugu Pengasas akan memberi tumpuan kepada pemimpin-pemimpin pengasas utama dalam sejarah kemerdekaan Singapura seperti Encik Lee Kuan Yew, Encik S Rajaratnam dan Encik Goh Keng Swee (antara mereka yang memegang jawatan dalam Kabinet pertama hingga keempat Singapura) dalam dua dekad pertama tahun pembangunan negara Singapura (1950-an - 1970-an). Dalam menyingkap peristiwa-peristiwa penting negara dan dasar-dasar utama dalam sejarah pembangunan negara kita, kita juga akan memaparkan individu-individu yang memainkan peranan penting dalam kepimpinan Singapura selepas merdeka. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Pemimpin-pemimpin masyarakat
Ketua-ketua Negara, pemegang-pemegang jawatan politik, Anggota-anggota Parlimen, kakitangan awam, ketua-ketua lembaga berkanun dan syarikat berkaitan pemerintah.
Para anggota parti-parti politik yang memainkan peranan penting pada tahun-tahun yang membawa kepada kemerdekaan.
J: Dari 2015 hingga 2017, ribuan warga Singapura telah berkongsi bahawa mereka berharap Tugu Peringatan ini akan memperingati nilai-nilai asas Singapura. Nilai-nilai ini telah dipilih melalui penglibatan dan penyelidikan awam yang berterusan:
- Berbilang budaya: Menghargai ciri-ciri budaya kita yang berbeza sambil berpegang teguh pada identiti Singapura serta matlamat bersama.
- Keberanian: Berani untuk membina impian besar dan berani untuk merintis kelainan.
- Daya tahan: Menunjukkan ketabahan dan keupayaan untuk bangkit semula selepas menghadapi rintangan demi rintangan.
- Keterbukaan: Kekal berpandangan jauh dan terhubung dengan dunia, dan mengalu-alukan peluang-peluang yang muncul daripadanya.
- Berbakti kepada Masyarakat Tanpa Mendahulukan Diri Sendiri: Mempunyai rasa tanggungjawab dan tujuan untuk berbakti kepada masyarakat serta bekerjasama dalam mencapai matlamat yang dikongsi bersama.
- Kewibawaan: Mempunyai keberanian moral dan kebertanggujawaban untuk melakukan perkara yang betul walaupun ia sukar.
J: Kami berminat dengan objek-objek dan cerita yang boleh menceritakan kisah sejarah Singapura dari tahun 1950-an - 1970-an. Kami sedang mencari objek yang sejajar dengan peristiwa penting Singapura dalam sejarah; ini boleh terdiri daripada objek harian kepada objek yang unik. Sekiranya anda hanya mempunyai cerita untuk dikongsi, kami juga ingin mendengarnya.
Anda boleh merujuk kepada senarai hajat kami untuk contoh objek dan cerita yang kami inginkan. Walau bagaimanapun, senarai hajat adalah panduan yang tidak lengkap tentang objek dan/atau cerita yang mungkin boleh disumbangkan. Jika objek dan/atau cerita anda tidak termasuk dalam senarai hajat ini, anda masih boleh berkongsinya dengan kami.
J: Ya, kami tetap mengalu-alukan anda berkongsi objek dan cerita anda dengan kami, dengan seberapa banyak butiran yang anda boleh ingat. Untuk ruang yang tidak dapat anda isi, taipkan "N.A." buat masa sekarang.
J: Kami memahami kepentingan peribadi objek, terutamanya jika ia penting dalam sejarah anda dan keluarga anda. Tafsiran dan pembentangan sejarah Singapura telah banyak diperkaya dengan objek yang dikongsi orang ramai dengan NHB. Oleh itu, kami amat menghargai jika anda boleh berkongsi lebih lanjut mengenai objek itu dengan kami dan kita boleh berbincang lebih lanjut mengenai langkah seterusnya.
J: Kami menghargai setiap objek dan cerita yang dikongsi dengan kami, dan memahami nilai yang ada pada setiap objek tersebut, sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat atau negara. Bagaimanapun, kami tidak dapat menerima semua sumbangan yang diberi. Kami perlu selidik dengan teliti setiap sumbangan untuk mengenal pasti objek yang selaras dengan penceritaan berasaskan nilai-nilai yang sesuai bagi Taman Tugu Pengasas ini. Walau bagaimanapun, kerana Tugu Peringatan ini akan mengadakan pameran dan program secara bergilir apabila ia dibuka pada 2027, akan ada peluang selanjutnya untuk penglibatan dan kerjasama masyarakat.
J: Terima kasih kerana berkongsi dan kami menghargai masa dan usaha anda untuk berbuat demikian! Sila beri kami sedikit masa untuk menilai sumbangan tersebut dan kami akan hubungi anda mengenai hasilnya kelak. Sementara itu, kami berharap anda dapat menyaksikan pameran dalam talian kami dan mengikuti pameran bergerak kami jika anda belum melakukannya.