Akan Datang Ke Tempat Berdekatan Anda
Dari April 2022 hingga Februari 2023, pameran kami akan diadakan di merata Singapura. Mari sertai pameran ini untuk ketahui lebih mendalam tentang artifak-artifak dan cerita-cerita kami.
Jadual Pameran
Soalan Kerap Ditanya
A: Pameran bergerak ini mempunyai dua bahagian. Yang pertama memperkenalkan pelawat ke Taman Tugu Pengasas dan berkongsi, buat kali pertama, reka bentuk serta pelan seni binanya dalam lingkungan Taman Bay East.
Bahagian kedua memperkenalkan seruan kami yang berterusan kepada orang ramai untuk objek dan cerita-cerita yang berkaitan dengan pemimpin pengasas kita, dan/atau peristiwa penting negara, atau dasar-dasar pemerintah yang berkaitan dengan Singapura yang merdeka. Di sini, anda akan dapat melihat beberapa contoh objek dan cerita sedemikian yang kami galakkan sumbangan daripada anda. Baca lebih lanjut tentang seruan awam kami.
J: Pameran pertama akan diadakan di Gardens by the Bay pada 28 April 2022. Ia kemudian akan bergerak ke tempat-tempat lain termasuk pusat beli-belah, perpustakaan awam dan kelab-kelab masyarakat di seluruh negara sehingga Februari 2023. Cari lokasi berhampiran anda melalui jadual pameran bergerak terkini!
J: Tidak, pameran ini adalah percuma untuk semua, jadi bawalah keluarga dan rakan anda bersama!
J: Ya, ini akan dijalankan mengikut garis panduan jarak selamat Pemerintah, serta di tempat-tempat di mana pameran kami akan diadakan. Keselamatan pelawat kami adalah penting dan sukarelawan kami yang mesra akan membantu anda di tapak pameran dalam memastikan penjarakan selamat, di samping pembersihan secara tetap segala permukaan interaktif sentuhan.
Perhatian: Sesetengah tempat memerlukan pelawat diberi suntikan vaksin sepenuhnya.
A: Sudah tentu! Gunakan panduan langkah demi langkah kami untuk membantu anda menyumbangkan objek dan cerita anda.