Masa Depan Perkapalan
Limbungan Jurong ialah limbungan kapal komersial pertama Singapura yang berperanan membaiki, membina dan menyenggara kapal-kapal untuk perdagangan antarabangsa.
Pengkomersialan Limbungan Jurong adalah penting bagi pertumbuhan industri perkapalan Singapura dan membantu Singapura yang masih muda dalam mengharungi pelbagai cabaran ekonomi yang dihadapinya.
Dr Goh Keng Swee (ketika itu Menteri Kewangan) meletakkan batu asas Jurong Shipyard Limited pada 20 Februari 1964.
Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.
Majlis pelancaran kapal tunda Anggerek, kapal ketiga yang dibina oleh Jurong Shipyard Limited.
Koleksi Kementerian Penerangan dan Kesenian. Ihsan Arkib Negara Singapura.
Pas Pekerjaan Limbungan Kapal Jurong Terhad.
Pembinaan dan pembaikan kapal memerlukan hampir setiap kepakaran dan kemahiran kejuruteraan yang ada pada masa itu.
Pas pekerjaan 1964 ini memberikan gambaran tentang jenis pekerjaan yang ada pada tahun-tahun 1960-an dan kemahiran yang diperlukan oleh warga Singapura untuk mendapatkan pekerjaan ini.
Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.
Kami sedang mencari artifak seperti ini. Lihat Senarai Hajat Kami.
Apabila pengunduran tentera British dari Singapura diumumkan pada 1967, satu cabaran besar yang dihadapi oleh Singapura yang baru merdeka ialah kemungkinan ia akan kehilangan 30,000 pekerjaan dan menghadapi perubahan struktur yang kekal kepada ekonominya.
Pengunduran tentera British yang kian hampir itu bermakna Singapura terpaksa membuat penyesuaian dengan pantas. Sebagai persediaan, Encik Lee Kuan Yew berkata bahawa warga Singapura perlu menyesuaikan kaedah kerja mereka dan, dalam beberapa keadaan, "membuat perubahan yang pedih untuk menyara hidup dengan cara yang berbeza".
Satu contohnya ialah untuk mengubah Pangkalan Tentera Laut Sembawang daripada kegunaan tentera kepada kegunaan komersial.
Sebuah plak memperingati pembukaan rasmi dermaga kering seberat 400,000 tan di Limbungan Sembawang, Singapura pada 25 Mei 1975.
Hadiah daripada Arkib Negara Singapura, Lin June Lin. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.
Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?
Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.
Teroka lebih banyak cerita di bawah