Mentakrifkan Negara Kita
Kad Minggu Kesetiaan Kebangsaan Negara Singapura
Kad ini telah diedarkan untuk memperkenalkan Majulah Singapura sebagai Lagu Kebangsaan kita. Sepanjang minggu itu, orang ramai juga boleh menelefon untuk mendengar lagu kebangsaan kita dimainkan.
Pemberian daripada Cik Quek Yuen Yuan, Ana. Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.
Istiadat Angkat Sumpah dan Pertabalan Yang di-Pertuan Negara, Encik Yusof Ishak pada permulaan Minggu Kesetiaan Kebangsaan pada 3 Disember 1959.
Koleksi Yusof Ishak. Ihsan Arkib Negara Singapura.
Sekeping rekod vinil tahun 1960-an yang mengandungi rakaman Lagu Kebangsaan kita.
Koleksi Muzium Negara Singapura, Lembaga Warisan Negara.
Lirik Majulah Singapura Versi 1958
Mari kita rayat Singapura,
bangun dengan bersatu,
sama sama!
Rukonda mai dan bantu membantu, supaya kita sama sama maju!
Kita hidop aman dan sentosa,
kerja sama menuju bahagia
chita chita kita yang mulia
berjaya Singapura
mari lah kita bersatu!
Dengan semangat yang baru!
Samua kita berseru!
Majula Singapura!
Majula Singapura!
Mari ra!
Lirik Lagu Kebangsaan Kita
Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura
Tahukah anda Ikrar Negara pertama kali dibacakan pada tahun 1966? Surat bertarikh 18 Februari 1966 ini menunjukkan draf awal ikrar yang ditulis oleh Encik S Rajaratnam (ketika itu Menteri Kebudayaan) dan ditujukan kepada Encik Ong Pang Boon (ketika itu Menteri Pendidikan).
Apakah perutusan yang terkandung di sebalik draf ikrar ini dan versi yang kita baca sekarang mengenai nilai-nilai yang penting kepada kita sebagai negara muda dahulu dan sekarang?
Koleksi Kementerian Pendidikan. Ihsan Arkib Negara Singapura.
Draf Ikrar Negara
Kami, sebagai warga negara Singapura,
berikrar untuk melupakan
perbezaan bangsa, bahasa dan agama
dan menjadi rakyat yang bersatu padu;
untuk membina sebuah masyarakat demokratik
di mana keadilan dan kesaksamaan akan ditegakkan
dan di mana kita akan mencari kebahagiaan
dan maju dengan saling bantu-membantu.
Ikrar Negara kita
Kami, warganegara Singapura,
sebagai rakyat yang bersatu padu,
tidak kira apa bangsa, bahasa atau ugama,
berikrar untuk membina sebuah masyarakat yang demokratik
berdasarkan kepada keadilan dan persamaan
untuk mencapai kebahagiaan, kemakmuran
dan kemajuan bagi negara Kami.
Adakah anda mempunyai artifak atau cerita seperti ini?
Kami sangat-sangat ingin menyertakan sumbangan anda dalam koleksi kami.
Teroka lebih banyak cerita di bawah